27 May 2010

PENTINGNYA SMS

Pernahkah anda terfikir betapa pentingnya sms.
Tak caya, cuba la tengok video ni.


SYOKNYEE

Sibok betul Umi sekarang...
Penat sangat rasanya..
Tapi tadi tengah2 tension kerja tu, Umi dapat satu email.
hah... korang tengok le sendiri video ni.



Hahahaha.....

16 May 2010

WASIAT DARI COMEI

Hmmm...lamanya Umi tak posting kat sini. Kebun Umi kat Farmville tu pun dah lama benar terbiar....Umi sebenarnya sibok dengan business baru....business?? Pasal business tu biar Umi cerita lain kali.

Hari ni Umi nak cerita kat semua yg Umi dapat WASIAT DARI COMEI. Apa wasiatnya??? Ni ha..

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



1. Thank & link the person that gave you the cow

Yg sebenar2nya, dah lama Umi dapat wasiat ni tapi tak sempat nak posting kat sini.
Terima kasih banyak2 pada COMEI kerana memberi Umi wasiat yg comei nih.



2. Bagi balik wasiat ni kat 7 bloggers yg paling active atau7 paling tak active

Yg ini Umi tak banyak pilihan sebab follower Umi pun cuma 6 org je. Jadi Umi pilih

* Kozumi_ro budak nakal
* storm3
* atie
* n@zihah
* ikan keli sambal
* bro
* alin



3. Bagi tau diorang ni yang diorang dapat wasiat dari orang kaya kg sepening lalat...


4. Cerita 3 perkara apa yg anda selalu buat sambil tgk tv

* Makan atau
* layan anak atau
* layan mata...zzzz...tidur beb



5. Bagitau 3 makanan pelik yg pernah anda makan

* sotong sumbat ngan pulut, kuahkan ngan gula melaka
pelik ke? bagi org Kelantan tak kot tapi bagi org Johor, pelik la kan

* Pepahat
First time makan pelik la...2nd time makan OK je...bagi yg tak suka seefood macam comei pelik la...tapi bagi yg suka seafood Ok kot

* ada lagi tapi tak ingat la...



6. Cuba bagitau berapa orang dah kawan anda kat FACEBOOK

* tak kira plak



7. Feveret soalan ni.....camner korang berjumpa spouse korang or pakwe or makwe...kat mana???

hehehe....jumpa spouse kat tepi jalan ...betul ke?? hahahaha...jodoh...


Harap Comei puashati dengan jawapan Umi.

27 April 2010

Kasih Seorang IBU

"Kasihnya ibu...membawa ke syurga..."

Itu sebahagian dari lirik sebuah lagu evergreen. Memang iya pun, kasih ibu mana nak dicari ganti....

kalau dulu zaman duk asrama, bila tiba cuti semester, time nak balik tu...memasing happy...

"bestnya, nak jumpa mama....rindu dah lama tak jumpa"

"horrey....tak sabar nak makan masakan ibu..."

"nanti nak ajak mummy gi jalan Pangkor...tak sabarnya..."

Ibu, Umi, Mama, Mummy......
******************************

Nak bukti pasal kasih sayang seorang ibu?.... bacalah kisah pengorbanan seorang ibu yg sanggup menggadaikan nyawanya semasa suatu kejadian tanah runtuh di WenChuan pada 12 May 2008.

Cerita ni Umi dapat dari email yg staff Umi forward kat Umi. Semoga kisah ini menjadi tauladan kepada kita








Ini gambar sebuah keluarga bahagia sebelum kejadian tuh..
****************************
Persoalannya...

jika anda seorang ibu ....atau bakal menjadi ibu....atau berfikir untuk menjadi ibu... tanya diri anda...

sanggupkah anda berkorban sepertimana ibu di atas ini berkorban untuk anaknya???

26 April 2010

Kisah Di Sebalik Rumah Terapung


Mungkin anda hairan dan terfikir..

"kenapa rumah tu di kelilingi air? Rumah terapung ke?

Sebenarnya, inilah keadaan rumah keluarga Umi di kampung semasa banjir besar berlaku sekitar Dec 2006.

Kalau tengok gambar ni, Comei tentu tersentuh. Ada kenangan manis dan pahit bagi comei. Tak gitu comei.

Sebenarnya kampung Umi zaman dulu2, masa zaman umi sekolah dulu memang selalu dilanda banjir. Setiap tahun, setiap kali musim tengkujuh, mesti kena pergi ke pusat pemindahan.

Masa tu seronok tau....ialah...dapat jumpa ramai kawan. Maklumlah, budak2 lagi, mana nak tau risau, tau seronok je...


Macam nilah keadaan di pusat pemindahan banjir.
Tengok tu, berapa banyak baju di gantung daaa...


Ini lagi gambar situasi di pusat pemindahan


Best je mamat ni, tak kisah pun orang keliling. Maintain dgn fon dia

************************************************************************************
Tapi banjir yang melanda pada Dec 2006 tu memang tidak pernah dijangka sebab sudah hampir 15 tahun kampung Umi tak kena banjir.

Pada Dec 2006 tu lah juga sebenarnya comei sepatutnya diijabkabulkan ngan mrL. Kesian comei, masa tu kad dah edar, barang2 dapur untuk kenduri dah beli, kerusi meja persatuan dah di hantar. Yg lagi sedih pelamin pun dah pasang. Warna hijau...cantik tau..malang sekali Umi tak de pulak simpan gamber pelamin tu. Apa perasaan comei masa tu Tuhan je lah yg tau.

Kata orang kalau dah jodoh tak kemana. Kalau Tuhan dah tetapkan sekian sekian haribulan sesuatu perkara tu sepatutnya berlaku, ia tetap akan berlaku gak. Alhamdulillah, atas usaha comei, mr L & keluarga, mereka selamat diijabkabulkan pada tarikh yang sama, waktu yg sama, cuma tempat je yg berbeza. Syukur....


Ini anak buah Umi tengah berkubang air banjir , dalam rumah


Org kg Umi, meronda keliling kg..naik sampan tu...


Kakak Umi, dalam lori askar
masa ni kami dibawa keluar kg ke pekan(pusat pemindahan)


Haa.. ini Umi, berjalan ke jalanraya, sambil tunggu lori askar


Ini gambar PM Pak Lah semasa membuat lawatan ke pusat pemindahan.
Pak Lah di hidangkan dgn nasi dlm dulang stail pusat pemindahan.

************************************************************************************
Untuk comei, tak apalah tak dapat buat kenduri besar pun. Yg penting comei & mr L hidup bahagia sampai ke hari ni. Org kata air melambangkan rezeki. Insyaallah, hidup comei sekeluarga akan dilimpahkan rezeki yg berganda. Amin..

24 April 2010

Entri Pengenalan

Sebenarnya dah lama adik Umi a.k.a comeisari desak Umi supaya buat blog.

Comei kata, "kau buat la blog...nanti boleh dapat extra income...".
Betul ke?? Entah ek....

Lama gak Umi fikir, macamana la aku nak buat blog ni. Sempat ke aku nak berblog...aku ni sibok je memanjang.

"alah...senang je...kau ada internet kat rumah lagi senang.."

Itu kata comei. Dia tak tahu yg kakak dia ni dah berpuluh tahun tak mengarang. Nama je ada computer & internet kat rumah tapi pasal2 IT, blog ke, apa ke, yg sama jadah dengannya tu..Umi memang fail. Yg Umi tahu bila buka FB, main farmville ataupun Cafe World.

Umi cuba gak la, tengok2 blog dia, blog ms Mirror, blog Budak separa matang a.k.a Khai & Umi pun memberanikan diri menjerumuskan diri ke dunia blogging..

Maka.....inilah hasilnya....
ahakz....



Ini gambar masa Umi jadi committee untuk office Umi nye team building. Rasa2nya mana satu Umi ek...